Maklumat Am

SEJARAH ST. JOHN. AMBULANS MALAYSIA

St. John Ambulans Malaysia telah diperbadankan dibawah UNDANG-UNDANG MALAYSIA, AKTA 74, yang dikenali sebagai AKTA)Perbadanan) St. John Ambulans Malaysia 1972.

Dibawah Akta ini telah dibuat Kaedah-Kaedah St. John Ambulans 1973 yang telah dikeluarkan dalam Warta Kerajaan Jil. 17 NO. 25 Tambahan No. 63 PERUNDANGAN (A) bertarikh 6hb. Disember 1973
Kelakuan dan perlantikan serta lencana/lambang dan uniform Perbadanan ini adalah dikawal dibawah AKTA ini. Secara Amnya organisasi perbadanan ini terbahagi kepada tiga peringkat :
  1. Peringkat Kebangsaan
  2. Peringkat Negeri/Wilayah
  3. Peringkat Kawasan
Di peringkat Kawasan ia terdiri dari Division yang mempunyai keanggotaan mengikut status division.
  • Division Kadet Rendah (8-11 tahun)
  • Division Kadet (11-17 tahun)
  • Division Dewasa (17-70 tahun)
Walaubagaimana  atas pertimbangan  Pemerintah pada umur 16 tahun seseorang boleh dimasukkan ke dalam Division Dewasa. Seseorang yang menjadi ahli St. John Ambulans boleh bertukar dari satu Division kepada Division/Kawasan dalam mana-mana tempat dalam Malaysia dan luar Malaysia dimana terdapat St. John Ambulans di tempat tersebut.

LOGO


LAGU

BERKHIDMAT BAGI MANUSIA
Lyrics by : Francis Tan

Anggota St. John Bersiap Sedia
Untuk Berkhidmat Kepada Manusia
Tanpa Mengira Pelbagai Bangsa
Agama Dan Budaya

Seragam St John Lambang Kejituan
Dilatih Untuk Bantu Yang Derita
Tanpa Mengharap Kurnia dan Ganjaran
Berbakti Sepanjang Masa

Berkorban Walu Dimana Berada
Dengan Rela Hati Suci
Berpegang Teguh Pada Cogan Kata
Berkhidmat Bagi Manusia

Inilah Sumbangan Dari Kami
Terhadap Mu Oh Ibu Pertiwi
Sumpah Dan Ikrar Kami Tunaikan
Kepada Nusa Dan Bangsa